Saturday, October 08, 2011

Kenapa Aku Kau Biarkan.

I’m sure you pun pernah merasakan diri begitu dicintai… bahagianya bila dapat bersama dengan yang tercinta, kan?, bestnya bila selalu saja yang tersayang tu call, sms…nak jumpa jeeee selalu. Pernah, kan?…
Pernah tak, semua perkara yang penting-penting dalam hidup dia, mesti nak cakap kat kita. Sampaikan, semua perkara dia mesti tanya kita dan selalu nak bincang dengan kita dulu. Apa sajalah…mesti minta pendapat kita.
Dan jika dia hadapi masalah pula… susah nak fokus pada kerja, perselisihan faham dengan keluarganya atau kawan-kawan… apa sajalah kan, dia mesti kongsi masalah itu dengan kita, kan?
Well, itulah PERHUBUNGAN CINTA yang sebenar… “SHARING!” - Even facebook pun permudahkan SHARE function untuk mengeratkan lagi persahabatan, perhubungan…
  • That’s a relationship is all about…to have someone that we can SHARE everything with!
Apabila kita mempunyai perhubungan sebegitu… dengan sendiri kita akan percaya pada dia. Hinggakan walau berjauhan, kita begitu yakin dia cintakan dan sayangkan kita. Sampai tak perlu nak susah-susah atau merasa risau menunggu a call dari dia …we know dia pasti contact! “best betul lah kan… ahhhh…” ;)
NAMUN…as time goes by…slowly, dan sedikit demi sedikit, kita kehilangan saat itu…sehingga membuat kita tertanya-tanya, Apa yang telah terjadi?
  • Mengapa sms sudah tidak seperti dulu?…
  • Mengapa sudah tiada telefon call dari dia?
  • Mengapa dia selalu menghilang?
  • Mengapa sudah tiada perbualan mesra? …
Mengapa sudah begitu jauh terasa dia dan kita, padahal dia bagai berada di depan mata? Just a minute away… just a call away, tapi kita rasa sudah tiada kemesraan…terasa, “Aku…kau biarkan…sedangkan hati masih cinta…”
TETAPI… Adakah penting MENGAPA perubahan itu berlaku? Mengapa itu, mengapa ini, mengapa tidak seperti dulu…mengapa…mengapa… Kiranya kita tahu mengapa, apa yang boleh kita lakukan?
Jika jawapannya, KERANA ada orang ke tiga… KERANA dia sudah bosan dengan kita… KERANA dia sudah tidak ada rasa cinta lagi pada kita… SO, apa yang boleh kita lakukan jika kita tahu mengapa sekali pun??
MEMANG sedih sangat apabila, kita begitu teruja nak berkongsi kegembiraan atau apa-apa saja tentang kehidupan kita seperti selalu kita share dengan dia…tetapi tak dapat nak share…sebab dia tiada di situ…
Perasaan kita yang sentiasa ingin berkongsi dengannya segala kejayaan kecil maupun besar, sudah tidak dapat dilakukan lagi. Malah dia sudah tidak bertanya tentang apa-apa dengan kita lagi, segala pendapat kita juga sudah tidak dihiraukan lagi…segala masalah yang dihadapinya juga, diatasinya sendiri… kejayaan mendapat apa yang dihajati selama ini juga…. sudah tidak diberitahu, tidak dikongsi lagi, …sedih…sedih sekali...”Aku, kau biarkan begitu saja…”
Kita masih ingin saat bersama seperti selalu…kita inginkan cinta terus mekar, kita inginkan risaunya, hibanya, kegelisahannya…juga gelak ketawanya yang mencairkan hati ini… kita inginkan dirinya di situ, inginkan cintanya terus padu… namun kita dibiarkan…
  • …dibiarkan dengan janji, harapan, kononnya cinta masih diawangan, sedangkan hidup kita dan dia seolah-olah, cinta itu bagai tidak pernah ujud!!
Jadi, persoalannya… “Adakah kita menanti dan terus menanti dirinya…atau kita anggap segala-galanya masih seperti sediakala? —
JAWAPANNYA - KEDUA-DUANYA SALAH!

 SOLUSI :
  • Cuba dengarkan hati kecil mu berbisik, rasakan naluri indah mu menggertik lemas dalam keinginan ingin tahu… yang mana MENGAPA itu tidak penting…KEMANA arah tuju cinta kita itu yang penting!
  • Bukankah kau merasa semangat mu semakin hilang pabila kau dibiarkan begitu? …lantas, tidak mahukah kau mengangkat jiwa mu yang semakin ditindas arus kehancuran hanya kerana cinta hambarnya?
  • Dari kehilangan terus nama mu di dunia palsunya, bukankah lebih baik diselamatkan maruah yang masih tinggal sedikit ada melekat di sanubari mu?
  • Keredhaan melepas cinta, bukan satu kerja mudah… si dendam akan marah, si dengki akan kegeraman, si nafsu akan menghasut membusukkan jiwa…namun pelepasan itu, PERLU!
  • Jalan yang ada hanya SATU… jalan yang diredhai ILAHI… sebagaimana Rasulullah dan juga para nabi-nabi… kesemuanya redha dengan kegagalan, menerima kekalahan, dihina, dikeji, diseksa… namun, bukankah bahagia jua yang diterima akhirnya?
  • Kadangkala, dalam mencari cahaya kebahagiaan kita harus menempuh kedukaan dalam kegelapan… namun jangan sesekali putus asa dalam pencarian itu… kerana apabila ada KEHILANGAN cinta, pasti akan ada PERTEMUAN cinta yang baru…
  • Cinta ada dimana-mana… kita hanya perlu membuka mata, hati dan jiwa kepada ruang yang lebih luas, seluas samudera yang tidak bertepi… InsyaAllah, terbeliak mata mu, tak cukup tanganmu, tak tercapai akalmu pabila langit sudah terbuka…
Good luck, be strong…and believe!