Friday, July 01, 2011

“SKANDAL” (KEPERLUAN ATAU NAFSU SEMATA-MATA)


Isu yg sering dibangkitkan dan didebatkan oleh setiap pasangan kekasih. Setiap pasangan berdepan dgn isu yg sama iaitu “SKANDAL”!
Kenapa dlm setiap perhubungan itu akan ada org ketiga?
Adakah itu keperluan nafsu?
Keperluan di dalam perhubungan?
Anda fikir dan selami hati budi masing-masing….
Setiap perhubungan perlu ada KEJUJURAN, KESETIAAN, KEPERCAYAAN DAN HORMAT di antara satu sama lain. Jika faktor yg disebutkan di atas ada pada diri kita, Insa’Allah hubungan akan menjadi tulus dan bahagia.
Jika ingin berskandal anda perlu memikirkan keputusan itu sedalam hati kita. Fikir perasaan pasangan kita masing-masing. Adakah wajar berbuat sedemikian?? Ingat akan pengorbanan  orang yg kita sayang dan imbas kembali memori indah bersama si dia.
Adakah skandal akan memberikan kebahagiaan seperti pasangan kekasih anda berikan. Apakah wajar kita memilih pasangan hidup kita dgn berskandal sedangkan kita sudah mempunyai kekasih?? Allah mengurniakan akal yg sempurna utk kita berfikir..gunakan akal itu dgn bijak sebelum membuat sesuatu keputusan.
Fungsi kekasih di dalam setiap perhubungan adalah utk mengajar kita erti jalinan kasih sayang dlm kehidupan. Jangan di sia-siakan fungsi itu dgn berskandal. Setelah saya teliti keburukan  skandal dan saya mendapati banyak unsur negatif didalam kehidupan kita. Ianya adalah NAFSU semata-mata. Manusia takkan pernah puas dgn hidup mereka, mereka sentiasa mencari sesuatu perkara yg akan membuatkan mereka puas dan akhirnya mereka tetap akan tidak puas.
Setia pada mereka yg setia pada kita, sayang pada mereka yg menyayangi kita dan cintakan mereka setulus dan seikhlas hati kita. Jangan terlalu mudah untuk berskandal kerana ianya akan memakan diri anda suatu hari nanti dan kesudahannya diri kita sendiri yg rugi kerana mensia-siakan pasangan yg betul-betul menyayangi kita.
“BERKAWAN BIARLAH BERIBU, BERKASIH BIARLAH PADA YANG SATU”

No comments:

Post a Comment