Saturday, October 08, 2011

Kenapa Aku Kau Biarkan.

I’m sure you pun pernah merasakan diri begitu dicintai… bahagianya bila dapat bersama dengan yang tercinta, kan?, bestnya bila selalu saja yang tersayang tu call, sms…nak jumpa jeeee selalu. Pernah, kan?…
Pernah tak, semua perkara yang penting-penting dalam hidup dia, mesti nak cakap kat kita. Sampaikan, semua perkara dia mesti tanya kita dan selalu nak bincang dengan kita dulu. Apa sajalah…mesti minta pendapat kita.
Dan jika dia hadapi masalah pula… susah nak fokus pada kerja, perselisihan faham dengan keluarganya atau kawan-kawan… apa sajalah kan, dia mesti kongsi masalah itu dengan kita, kan?
Well, itulah PERHUBUNGAN CINTA yang sebenar… “SHARING!” - Even facebook pun permudahkan SHARE function untuk mengeratkan lagi persahabatan, perhubungan…
  • That’s a relationship is all about…to have someone that we can SHARE everything with!
Apabila kita mempunyai perhubungan sebegitu… dengan sendiri kita akan percaya pada dia. Hinggakan walau berjauhan, kita begitu yakin dia cintakan dan sayangkan kita. Sampai tak perlu nak susah-susah atau merasa risau menunggu a call dari dia …we know dia pasti contact! “best betul lah kan… ahhhh…” ;)
NAMUN…as time goes by…slowly, dan sedikit demi sedikit, kita kehilangan saat itu…sehingga membuat kita tertanya-tanya, Apa yang telah terjadi?
  • Mengapa sms sudah tidak seperti dulu?…
  • Mengapa sudah tiada telefon call dari dia?
  • Mengapa dia selalu menghilang?
  • Mengapa sudah tiada perbualan mesra? …
Mengapa sudah begitu jauh terasa dia dan kita, padahal dia bagai berada di depan mata? Just a minute away… just a call away, tapi kita rasa sudah tiada kemesraan…terasa, “Aku…kau biarkan…sedangkan hati masih cinta…”
TETAPI… Adakah penting MENGAPA perubahan itu berlaku? Mengapa itu, mengapa ini, mengapa tidak seperti dulu…mengapa…mengapa… Kiranya kita tahu mengapa, apa yang boleh kita lakukan?
Jika jawapannya, KERANA ada orang ke tiga… KERANA dia sudah bosan dengan kita… KERANA dia sudah tidak ada rasa cinta lagi pada kita… SO, apa yang boleh kita lakukan jika kita tahu mengapa sekali pun??
MEMANG sedih sangat apabila, kita begitu teruja nak berkongsi kegembiraan atau apa-apa saja tentang kehidupan kita seperti selalu kita share dengan dia…tetapi tak dapat nak share…sebab dia tiada di situ…
Perasaan kita yang sentiasa ingin berkongsi dengannya segala kejayaan kecil maupun besar, sudah tidak dapat dilakukan lagi. Malah dia sudah tidak bertanya tentang apa-apa dengan kita lagi, segala pendapat kita juga sudah tidak dihiraukan lagi…segala masalah yang dihadapinya juga, diatasinya sendiri… kejayaan mendapat apa yang dihajati selama ini juga…. sudah tidak diberitahu, tidak dikongsi lagi, …sedih…sedih sekali...”Aku, kau biarkan begitu saja…”
Kita masih ingin saat bersama seperti selalu…kita inginkan cinta terus mekar, kita inginkan risaunya, hibanya, kegelisahannya…juga gelak ketawanya yang mencairkan hati ini… kita inginkan dirinya di situ, inginkan cintanya terus padu… namun kita dibiarkan…
  • …dibiarkan dengan janji, harapan, kononnya cinta masih diawangan, sedangkan hidup kita dan dia seolah-olah, cinta itu bagai tidak pernah ujud!!
Jadi, persoalannya… “Adakah kita menanti dan terus menanti dirinya…atau kita anggap segala-galanya masih seperti sediakala? —
JAWAPANNYA - KEDUA-DUANYA SALAH!

 SOLUSI :
  • Cuba dengarkan hati kecil mu berbisik, rasakan naluri indah mu menggertik lemas dalam keinginan ingin tahu… yang mana MENGAPA itu tidak penting…KEMANA arah tuju cinta kita itu yang penting!
  • Bukankah kau merasa semangat mu semakin hilang pabila kau dibiarkan begitu? …lantas, tidak mahukah kau mengangkat jiwa mu yang semakin ditindas arus kehancuran hanya kerana cinta hambarnya?
  • Dari kehilangan terus nama mu di dunia palsunya, bukankah lebih baik diselamatkan maruah yang masih tinggal sedikit ada melekat di sanubari mu?
  • Keredhaan melepas cinta, bukan satu kerja mudah… si dendam akan marah, si dengki akan kegeraman, si nafsu akan menghasut membusukkan jiwa…namun pelepasan itu, PERLU!
  • Jalan yang ada hanya SATU… jalan yang diredhai ILAHI… sebagaimana Rasulullah dan juga para nabi-nabi… kesemuanya redha dengan kegagalan, menerima kekalahan, dihina, dikeji, diseksa… namun, bukankah bahagia jua yang diterima akhirnya?
  • Kadangkala, dalam mencari cahaya kebahagiaan kita harus menempuh kedukaan dalam kegelapan… namun jangan sesekali putus asa dalam pencarian itu… kerana apabila ada KEHILANGAN cinta, pasti akan ada PERTEMUAN cinta yang baru…
  • Cinta ada dimana-mana… kita hanya perlu membuka mata, hati dan jiwa kepada ruang yang lebih luas, seluas samudera yang tidak bertepi… InsyaAllah, terbeliak mata mu, tak cukup tanganmu, tak tercapai akalmu pabila langit sudah terbuka…
Good luck, be strong…and believe!

Wednesday, July 06, 2011

Adakah Kita Bertemu Dengan Orang Yang Salah?



Adakah Kita Bertemu Dengan Orang Yang Salah? Terkadang kita terfikir : Adakah kita bertemu dengan orang yang salah? Teman sekerja yang tak 'ngam'? Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study? Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ? Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi? (atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?) Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka. Pelbagai ragam dan karenah manusia yang dapat kita temui di dunia ini. Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]

 Untuk lita'arafu.. Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain. Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain. Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain. Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim. Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah.. Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali? Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan... Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah. Takkan! Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita. 

Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita. Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita. Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia. Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.' Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab :

“Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah” 

Untuk kita belajar sesuatu darinya. Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan. Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.

Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih. Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah. Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah? Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita. Itulah dia Allah. Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.

Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah. And Allah Knows best. Bersabar, dan teruslah berdoa. Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

Friday, July 01, 2011

“SKANDAL” (KEPERLUAN ATAU NAFSU SEMATA-MATA)


Isu yg sering dibangkitkan dan didebatkan oleh setiap pasangan kekasih. Setiap pasangan berdepan dgn isu yg sama iaitu “SKANDAL”!
Kenapa dlm setiap perhubungan itu akan ada org ketiga?
Adakah itu keperluan nafsu?
Keperluan di dalam perhubungan?
Anda fikir dan selami hati budi masing-masing….
Setiap perhubungan perlu ada KEJUJURAN, KESETIAAN, KEPERCAYAAN DAN HORMAT di antara satu sama lain. Jika faktor yg disebutkan di atas ada pada diri kita, Insa’Allah hubungan akan menjadi tulus dan bahagia.
Jika ingin berskandal anda perlu memikirkan keputusan itu sedalam hati kita. Fikir perasaan pasangan kita masing-masing. Adakah wajar berbuat sedemikian?? Ingat akan pengorbanan  orang yg kita sayang dan imbas kembali memori indah bersama si dia.
Adakah skandal akan memberikan kebahagiaan seperti pasangan kekasih anda berikan. Apakah wajar kita memilih pasangan hidup kita dgn berskandal sedangkan kita sudah mempunyai kekasih?? Allah mengurniakan akal yg sempurna utk kita berfikir..gunakan akal itu dgn bijak sebelum membuat sesuatu keputusan.
Fungsi kekasih di dalam setiap perhubungan adalah utk mengajar kita erti jalinan kasih sayang dlm kehidupan. Jangan di sia-siakan fungsi itu dgn berskandal. Setelah saya teliti keburukan  skandal dan saya mendapati banyak unsur negatif didalam kehidupan kita. Ianya adalah NAFSU semata-mata. Manusia takkan pernah puas dgn hidup mereka, mereka sentiasa mencari sesuatu perkara yg akan membuatkan mereka puas dan akhirnya mereka tetap akan tidak puas.
Setia pada mereka yg setia pada kita, sayang pada mereka yg menyayangi kita dan cintakan mereka setulus dan seikhlas hati kita. Jangan terlalu mudah untuk berskandal kerana ianya akan memakan diri anda suatu hari nanti dan kesudahannya diri kita sendiri yg rugi kerana mensia-siakan pasangan yg betul-betul menyayangi kita.
“BERKAWAN BIARLAH BERIBU, BERKASIH BIARLAH PADA YANG SATU”

Sunday, June 26, 2011

Lovebite the silent killer...(errr..betul ke??)



LOVEBITE BOLEH MEMBUNUH

LOVEBITE (gigitan cinta) adalah lebam sementara atau tanda tanda bewarna biru keungguan akibat perbuatan mencium, menghisap atau menggigit kulit dengan kuat sehingga kulit tertarik dan menyebabkan pecah darah di bawah kulit tersebut. Hickeys (lovebite yang terhasil) boleh kekal selama 4-12hari ditubuh seseorang dan kelihatan sama seperti lebam biasa. Tapi kalau dah lebam tu kat tengkuk tu faham faham je lah.

Secara umumnya, hickeys/lovebite boleh dihilangkan dengan meletakkan ais. Tapi sebenarnya, cara ni berkesan hanya untuk lovebite yang terhasil kurang dari 10minit. Untuk yang lebih dari 10 minit tu, gunalah trick berpakaian. Sama ada pakai shawl atau naikkan kolar baju tshirt.

Kenapa lovebite berbahaya?

Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!

So, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.

Tuesday, June 21, 2011

What a stupid mistake...




4 years nearly falling apart..

The most stupid things I ever do to her is a LIE..
LIE”…..a simple word but very complicated…
It nearly grab the one I love forever..
The relationship that I have build this 4 years nearly falling apart…
And this is just because of a “LIE”….
Your smile, Your laugh, the happiness we build together, the love we hold all this years nearly breaking apart.
I’m sorry if I always hurting you, even I tried not to but I’m always fail.
The temptation to “LIE” always seduce me.I AM SO SORRY.. I have tried not to do it but I always fall into it.
You’re my little sun and I wanna you always shine my morning day,
 You are my little star and I wanna you always sparkling my night ,
You’re my little angel and I wanna you be my angel for my entire life.
I LOVE YOU AND I ALWAYS DO…

Sunday, May 22, 2011

arghhhh..!!! MALAS GILERRRR...

Hmmm….ntah kenapa sejak akhir2 ni aku malas nak update blog ni.Maybe dah xde idea kot hehe.
Or maybe aku je yg dh bosan dgn bloging ni,ntah la…nk kata sibuk sgt dgn keje xde la gak.

 What should I do with my blog?? 

Ramai org kata blog ni leceh la..tu la,ni la..but for me, there is something special with it.
Sesetengah org akan anggap blog boleh buat duit, yes..i’m agree. But diorg kena tahu gak blog is for fun and not for money. 
If kita kejar duit slalu then our blog will not be fun anymore..right??

Sebelum aku buat blog ni aku bnyk buat research..thanks a lot to pakcik google coz help me. Banyak yg kita kena tahu before making a blog or become a blogger,just need a patient and a bit of creativity. 

Bila semua tu dah ade baru la kita blogging with a passion haha..but for me, I still crawling like a baby in this blogging world.
Aku ingatkan senang nak jd blogger, tp dh berapa bulan buat blog still x berapa faham nak pakai blog. Lagi2 nak letak code ads utk nuffnang..haha, YA..! Saya mengaku Saya x pandai hehe.. tp x kisah la, janji keluar nuffnang ads tu huhu.



Sunday, April 24, 2011

A CHANCE OF A LIFETIME

A chance of a lifetime…

Is it easy?

Is it hard?

Is it possible to do?

Or is it just out of our mind to achieve it..?

Think it…whenever chances to make a different in your life just do it. Don’t make such an excuse to not to do it. Make it impossible into possible. Don’t jump into your failure and drown into it…as I believed when there is a light of success, reach it and make yourself proud of it. Let the sparkling of glory shower our life. 

Life isn’t difficult to change...we just only need the spirit to make its come true. Remember, only human who have guts to take the risk can success in his/her life. This is the opportunity to step forward. If you can’t take the challenges, you would be the same as you are today.
Don’t always say NO…and say “yaiks!! This is ridiculous…better get this thing out of my business...”

Be careful with what you say because you might regret it! If you believed with what you do is right, keep on it. Push aside all negative thought and pull the positive thinking and bring it into the bottom of your heart.

The only key to success is right in our heart and mind. Be confident and try your best until your last breath. Believed in yourself and remember, Allah S.W.T always by your side. Insya’Allah you would make it.

Wednesday, April 20, 2011

GAMBARAN HARI KIAMAT

Gambaran hari Kiamat..( bacalah..jika kamu seorang manusia)
*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.



1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi