Monday, December 27, 2010

Pantun Lawak Pengantin

Before marriage.
Darling here.. darling there...
After marriage.
Baling here... baling there..

Before marriage.
I die for you. . .
After marriage.
'You die, up to you. '
Lagi lama married.
You die I help you!

Before marriage.
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. .
You go anywhere. . up to you .
Lagi lama married.
You go anywhere, better u got lost!!

Before wedding
you are my heart, you are my love'
After wedding
'you get on my nerves.

Before wedding
'you are sweet and kind just like Cinderella'
After wedding
'you are worse than godzila'

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I sue you!

Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la!

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or pontianak



credit to http://www.gempak.org

Wednesday, December 22, 2010

Babak lawak di mamak stall

Tgh aku update blog tibe2 dtg mamat cina ni yg x puas ati dgn harga nasi goreng ayam..
Lepas tu trus serang mamak dkt kaunter a.k.a boss kot..
Cuba korang fikir harga skrg Nasi goreng RM 4.00+ Ayam Goreng RM 3.00
TOTAL = of coz la RM 7.00..
Cina oh cina...ko ni dari zaman mana ni??jgn la samakan harga taun 1990 dgn 2010 ni hahaha..
Siap ugut mamak tu nk gi report dkt kerajaan lagi tu..mmg confirm la ko kena gelak dgn diorg hahahahaha...nak murah pi la makan nasik goreng dgn B*** goreng tu..mst harge x sampai 7rggt.
Kalau la smpi bertumbuk diorg ni mmg aku gelak guling2 dkt sini hahaha..

Iklan nuffnang aku seperti biskut..


Kejap ada kejap xde..mcm biskut chipsmore hahaha...stakat ni baru RM2.00,ntah bila la earning aku nak sampai beratus2 mcm orang lain.Follower pun baru 4 org je hehe,bile la pakcik nuff ni nak bagi aku iklan lebih sikit..
Tapi xpe..kata org timba pengalaman biar lebih..so kena la rajin2 bertanya kt otai2 yg earning dh smpi beriban.
Mungkin kali ni 2 ringgit,maybe akan dtg jd 20??,200??,2000??? huhuhu..pakcik kayo!!
Spe2 yg tgh blog walking tu rajin2 kan la klik kat iklan tu ye hehe..bnyk info klu korang tlg klik kt iklan aku tu..pahala pun dpt gak..

P/S : dpt 50rggt pertama aku nak belanja spe2 yg tlg klik iklan aku tu hohooho..

Sunday, December 19, 2010

JAHAT INI OLANG!!!!



ALAMAK! KANTOI!!!!

Add caption

Pegang pipi sebab takut dilempang dgn abg mazidul kita.

Handphone die lg canggih dari aku!!


Terima kasih untuk abg mazidul akmal sidik yg berjaya mengkantoikan apek tua ni..mmg selalu aku nampak die ni sekitar kawasan subang ni,selalu mintak duit dkt orang,selagi x bagi duit,selagi tu la die x blah..ape die ingat aku ni cop duit ke ape??!haha...
Sekiranya anda terlihat kelibat die ni lagi..cepat2 la sergah die..

CREDIT TO : http://www.mazidulakmal.com

Petua-Petua Sebelum Perkahwinan

jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul. Untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Untuk mengelakkan kedua pihak melanggar hukum agama.
Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. Lols ! Lepas kahwin buncit jugak perut. Konspirasi golongan isteri terhadap suami !!
Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering. Apa yang diaorang lupa ialah, selain petai dan jering ada jugak spesis yang mulut memang bau busuk nak mampus.
Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir. Lepas kahwin? Patutlah serabai. Hahah
Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks. Terdapat hadis dalam perkara ini.
Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi yang boleh menyebabkan kencing manis. Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan.
Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama. "I bosanlah, tak penah puas. Rasa macam nak makan kuaci jek tauuuuuuu.."
Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi. Supaya tenaga malam lebih bertenaga.
Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat) Agar lebih berjimat.
Elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir(kaum lelaki). Bajet derrr !! Kalau asyik beli seluar dalam, tak dapat ngumpul duit buat hantaran. Sekarang bukan murah woiiiiiii.
Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid. Untuk hidup lebih lama hehe.
Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga. Ahakssss!
Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga. Double the ahaksss !
Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin. Pastikan tidak berbunyi pada malam pertama kerana ia sesuatu yang sangat anti climax. Ingat tu.
Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai. Bila bini lalu, cuba fewiittt kat bini, tengok apa respon. Bebaru mungkin dia senyum, lelama esok, dia akan kata "buat tebiat orang tua ni."
Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri. Kena tahan. Jangan tengok 3gp
Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari. Supaya senang nak bangun pagi pergi keje.
Elakkan minum minuman keras dan merokok. Apaaaaa?
Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. MAC ada. Kepam jadik putih. Tak cukup? Pakai photoshop.
Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin. "Sorry shayang, ngilu ahh."
Amalkan makan jamu supaya pada malam pengantin tidak mengecewakan. "Senduk lah u ni.. ai....
Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. Wajib.
Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil. Elak dari sakit perut apabila malam pertama!
WAJIB NI!!
Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). ???
Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak terdapat unsur jahat. Unsur jahat ialah buaya buaya yang sememangnya ada. Itu bukan tok nenek tumpang lalu, moyang pun jin.
Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul. Untuk kelihatan berseri di malam pertama.
Jika telah nikah gantung maka tidak boleh bersama. Crap!
Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan. Bukak aircon full blast.
Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalamnya bagi mengelak dari dikhianati orang. Supaya org lain yg kena khianat huhu..
Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi. Elak dari cepat gila sebelum kahwin.
Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati. Supaya keluarga sebelah mertua tak menyampah dgn korang.
Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu, dan air kelapa agar muka nampak segar. Pergi pasar cari sayur yg segar je,kalau yg dh rosak kasi buang..
Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka. Buang bulu ketiak takpe!
Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis. Selepas pun sama, tapi untuk orang lain, banyak sample DNA nanti.
Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. Hahahahaha. Yang ni paling klasik.
(aku penah try masa  kenduri kakak aku..tp lempar seluar dalam die supaya lebih mujarab hakhak..)
Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri. Sekarang tak boleh, sebab karang tetiba kening panjang dilukisnya.. dah macam Pirates Of the Carribean.
Kedua-dua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu. Macam cerita P Ramlee, jeling jek.
Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding. Ehh ada ke orang makan kepala ayam? Gila ke apa?
Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki. Hahahahaha.. pondan pondan patutlah tak seri. Hahahah
Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit. Haaaa?
Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.



Suka hati korang la kalau nak percaya dengan petua ni...aku buat untuk suka-suka je hehe.. Ape pun kalau kita nak kawin nanti kena la cari bakal isteri/suami yg soleh/solehah,taat pada perintah agama dan hormat pada orang tua kita. Bagi yg tgh sekolah tu jangan la gatal sangat nak bercintan cintan ni..bukan ape,nanti buruk padahnya bila dah ter*******..Mak ayah hantar pegi sekolah tu kita timba ilmu banyak-banyak,pasang cita2 yang tingga..at last kita jugak yang senang(nak pinang anak menteri jugak pun xde hal)...

P/S ; DAH KAHWIN NANTI JANGAN LA PASANG NIAT NAK KAHWIN LAGI!!!..ngeh3~...

Friday, December 17, 2010

Uishhh...saga baru???hehe..







LAMPU DEPAN YG MENAWAN


SEAT YG DH DI UPGARDE

SAGA BARU VS. SAGA LAMA



SagaDifferenceSaga Facelift
1.3 Standard M/TRM36,998RM1,000RM37,998
1.3 Standard A/TRM39,998RM1,000RM40,998
1.3 Executive M/TRM39,498RM1,200RM40,698
1.3 Executive A/TRM41,998RM1,300RM43,298

Wednesday, December 08, 2010

FAIZUL is the most popular 23249.th name in USA..(betul ke??!)hehe..


FAIZUL is the most popular 23249.th name in USA (... 23247.cyprien , 23248.atinder , 23249.faizul , 23250.amola , 23251.devasmita ...). One in every 351,102 Americans is named FAIZUL and popularity of name FAIZUL is 2.85 people per million.
If we compare the popularity statistics of FAIZUL to USA's population statistics, we can estimate that as of December.07.2010 14:49 there are 885 people named as FAIZUL in the United States and the number is increasing by 7 people every year.
Usage of faizul as a middle name is more common than its usage as a first name. The sum of alphabetical order of letters in FAIZUL is 75 and this makes FAIZUL arithmetic buddies with words like Kindly, Virile, Devoted, Genuine, Obliging, Perky, Shiny, Famous, Lawful, Celebrated, Eternal.

Apakah?????

Janji hanyalah janji kosong yg keluar dari mulut mu..
Kata-kata kau yang selalu membuatkan aku percaya..
Berlindung di sebalik wajah kau ia hanyalah kata-kata palsu..
Alangkah bodohnya aku percaya dengan semua dusta itu..

Aku sematkan kepercayaan aku didalam hati aku,
Tetapi apa yang aku dapat hanyalah pembohongan demi pembohongan,
Apakah kau terlalu mengikut nafsu kau..
Apakah tidak sempurna manusia yg telah hadir dan berdiri di hadapan kau selama ini..

Setelah lebih 3 tahun kita bersama..
Apakah aku masih tidak membahagiakan kau..
Luahan hati aku hanya berlalu dihadapan wajah angkuh kau..
Rayuan aku hanya ditangkis oleh sifat tamak kau..

Pernahkah selama ini aku perlakukan kau seperti kau melakukannya..?
Apa salah aku sehinggakan kau terus mengkhianati aku..?
Pernahkah aku??Pernahkah aku??Pernahkah aku???......





Maaf terjiwang sebentar hehe...actually baru lepas kecewa dgn awek aku yg selama ni aku percayakan die 100%..but akhirnya kecewa lagi dgn sikap die..

Mood aku gila2 hilang trus,masuk bilik layan movie klaka...nasib baik klaka,kalau lawak bodoh mcm raja lawak tu mmg lg rosak mood aku hahaha....pegi kedai mamak layan roti bakar dgn teh panas..fuhhh..mmg panas beb haha..Hope die x lagi nak ulang balik kesilapan die..EVER..


THANKS GOD BECAUSE YOU GIVE ME STRENGTH...ALHAMDULILLAH...

Monday, December 06, 2010

Lelaki Sejatikah Anda??hehe....

Berikut adalah ciri-ciri lelaki yang disukai wanita secara umum.

• Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

• Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

• Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

• Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

• Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

• Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

• Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

• Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

• Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

• Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya. 

• Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

• Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

• Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

• Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

• Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

• Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

Monday, November 29, 2010

Pendeknya Umurmu!..renungkanlah....

















 Andai kata kita berumur seratus tahun sekalipun, maka umur kita itu pendek jika dibandingkan dengan masa hidup kita kelak di akhirat yg abadi, selama-lamanya.
Cuba renungkan, agar dapat berehat selama dua puluh tahun, dalam satu bulan atau setahun kita sanggup menanggung berbagai beban berat dan kehinaan di dalam mencari dunia. Tetapi mengapa kita tidak sanggup menahan beban ibadah selama beberapa hari demi mengharapkan kehidupan abadi di akhirat nanti..
Jangan panjang angan-angan, nanti kita akan berat untuk beramal. Yaknilah bahawa tidak lama lagi kita akan MATI. Katakan dalam hatimu "pagi ini aku akan beribadah meskipun berat,siapa tahu nanti malam aku akan MATI. Malam ini aku akan bersabar untuk beribadah, siapa tahu besok aku MATI."
Sebab, kematian tidak datang pada waktu keadaan dan tahun tertentu. Yang jelas ia pastu datang. Oleh kerana itu, mempersiapkan diri untuk menyambut kedatangan MAUT lebih utama dari mempersiapkan diri menyambut dunia. Bukankah kita menyedari betapa pendeknya  waktu hidup kita di bumi ini..? Bukankah boleh jadi ajal kita hanya tersisa satu tarikan dan hembusan nafas atau satu hari nanti..?
Setiap hari lakukanlah hal ini dan paksakan diri kita untuk sabar beribadah kepada Allah S.W.T. Andai kata kita ditakdirkan untuk hidup selama lima puluh tahun dan kita biasakan diri kita untuk sabar beribadah, nafsu kita tetap akan memberontak. Tetapi ketika MAUT menjemput kita akan berbahagia selama-lamanya.
Tetapi jika kita tunda-tunda diri kita untuk beramal, dan kematian datang diwaktu yang kita tidak sangkakan, maka kita akan menyesal dengan penyesalan yang tidak berpenghujung.......

Saturday, November 27, 2010

send sms free!!!

hahaha...kali ni aku nak share cara2 menjimatkan kredit kita.
Benda ni sememangnye FREE dan untuk pengetahuan korang register pun FREE..
Boleh send FREE sms to any number..x kisah la maxis ke,digi ke,celcom ke..100% is free..
Cara2 die korang kena register dekat website ni www.mostsms.com then register..finish!! Tu je cara die hehe...ENJOY!!..

But Remember..Use It Wisely!!peace..

Friday, November 19, 2010

SONY PSP UNTUK DI JUAL RM 400 SAHAJA!!!!

Condition : Tiptop..baru 4 bulan aku pakai.
Harga : RM 400 (siape cepat die dapat..siapa lambat dia x dapat)
Firmware : 5.03 system prometheus
Few games; Tekken, Bleach, Patapon etc. (about 5 games installed) Reason nak jual sbb dah bosan nak main.


Serius buyer akan menerima:
-8gb memory
-travel bag
-porch
-silikon casing
-kabel untuk sambung di tv
-games penuh kat memory
-charger


Friday, November 12, 2010

PROTON INSPIRA - The New Generation






BAHAGIAN DALAM












PROTON INSPIRA R3 RACING




LANCER OR INSPIRA??






Harga Semenanjung Malaysia

Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999

Harga Sabah & Sarawak

Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999

Harga Langkawi

Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999

Thursday, November 11, 2010

Matangkah kita? (DOSA khianat kawan)

Nasihat untuk diri sendiri dan rakan2..matangkah kita jika di depan rakan hanya berpura2 baik? Matangkah kita apabila memburukkan kawan? Anda fikir sendiri jika anda boleh berfikiran matang!! Maaf jika ada yg terasa dengan nasihat ini. Haruslah kita ingat bahawa kawan itu seperti emas di dalam permata. Hormatilah kawan sentiasa dan hindarkanlah dari melakukan perkara buruk terhadap rakan kita. 
Kita mungkin tidak sedar perbuatan khianat terhadap rakan merupakan satu dosa dan sekiranya berterusan melakukan khianat pasti bertambah banyaklah dosa yg telah kita sendiri lakukan tanpa kita sedari.
Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan disebabkan oleh perbuatannya.
 

Berwaspadalah kita di atas setiap perkara yg kita lakukan dan haruslah beringat-ingat khianat terhadap rakan membawa perkara yg lebih teruk di dunia apatah lagi sekiranya kita di akhirat nanti.

Monday, November 01, 2010

Keburukan Facebook..MUST READ!!!





1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka.Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yangdiharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya.Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .
3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkangambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapigambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka.Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,.Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudahmasuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik denganmake up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya?Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatantanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.


Lepas apa yg aku baca ni baru aku tersedar betapa bahayanya facebook yg dicipta oleh orang2 yahudi.Mereka mencipta facebook hanya untuk menyesatkan umat islam.Jadi kita harus lebih berwaspada bila menggunakan facebook.

p/s : Untuk dikongsi bersama..sila2 lah sebarkan selepas baca kpd kawan2 kita yg lain. 

Thursday, October 28, 2010

LIDAH PENYAKIT MERBAHAYA!!

BAHAYANYA LIDAH :

kita akn t’dorong utk b’cakap perkara y tidak b’faedah.
kita akn suka b’lebih-lebihan ketika b’cakap n berkata2.
adakalanya kita b’cakap perkara yang tidak benar, b’bohong sedikit.
lidah m’jadi penyebab akan b’laku pertengkaran.
satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan p’musuhan dari kata2 pedas y tdk disengajakn
kita akn suka b’manis mulut utk menunjuk-nunjuk.
mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
gemar menyumpah-nyumpah (melaknat org y seagama dan sebangsa).
terlalu byk b’gurau n b’senda.
suka menghina org lain.
m’yebarkan rahsia.
b’janji lalu m’dustai janji itu.
akn m’gumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
mengadu2 pada org lain hingga t’jadi perang dingin.
m’jadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza2 pd org b’beza.
memuji yang melampau-lampau.

Anda sudah tahu 17 bahaya yang mungkin berlaku apabila kita tidak mengawal kata-kata dan tidak menjaga setiap satu perkataan yang kita selalu ucapkan. Salah satu sebab mengapa ramai orang ditimpa masalah adalah kerana dari lidah mereka. Kerana lidah, badan binasa. Kesannya, hidup kita binasa dan kemurkaan Allah turun kepada kita kerana kita menyakiti orang lain melalui lidah. Kerana lidah yang selalu memaki-maki, menyumpah seranah, mentertawakan seseorang dan mengumpat-umpat, ramai di antara kita di timpa dengan masalah yang tak berkesudahan. Masalah itu menjadi balasan Allah atas perbuatan kita kerana kita tidak menjaga lidah. Kita mungkin pernah mengumpat, memaki atau memarahi seseorang dengan teruk sekali. Kita tak pernah fikir balasan atas kata-kata kita itu.

Jika hidup Anda selalu bermasalah, inilah masanya Anda check lidah Anda dan perangai Anda.