| jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul. | Untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri. |
|---|---|
| Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu. | Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga. |
| Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. | Untuk mengelakkan kedua pihak melanggar hukum agama. |
| Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. | Lols ! Lepas kahwin buncit jugak perut. Konspirasi golongan isteri terhadap suami !! |
| Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering. | Apa yang diaorang lupa ialah, selain petai dan jering ada jugak spesis yang mulut memang bau busuk nak mampus. |
| Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir. | Lepas kahwin? Patutlah serabai. Hahah |
| Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks. | Terdapat hadis dalam perkara ini. |
| Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi yang boleh menyebabkan kencing manis. | Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan. |
| Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama. | "I bosanlah, tak penah puas. Rasa macam nak makan kuaci jek tauuuuuuu.." |
| Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi. | Supaya tenaga malam lebih bertenaga. |
| Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat) | Agar lebih berjimat. |
| Elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir(kaum lelaki). | Bajet derrr !! Kalau asyik beli seluar dalam, tak dapat ngumpul duit buat hantaran. Sekarang bukan murah woiiiiiii. |
| Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid. | Untuk hidup lebih lama hehe. |
| Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga. | Ahakssss! |
| Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga. | Double the ahaksss ! |
| Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin. | Pastikan tidak berbunyi pada malam pertama kerana ia sesuatu yang sangat anti climax. Ingat tu. |
| Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai. | Bila bini lalu, cuba fewiittt kat bini, tengok apa respon. Bebaru mungkin dia senyum, lelama esok, dia akan kata "buat tebiat orang tua ni." |
| Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri. | Kena tahan. Jangan tengok 3gp |
| Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari. | Supaya senang nak bangun pagi pergi keje. |
| Elakkan minum minuman keras dan merokok. | Apaaaaa? |
| Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. | MAC ada. Kepam jadik putih. Tak cukup? Pakai photoshop. |
| Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin. | "Sorry shayang, ngilu ahh." |
| Amalkan makan jamu supaya pada malam pengantin tidak mengecewakan. | "Senduk lah u ni.. ai.... |
| Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. | Wajib. |
| Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil. | Elak dari sakit perut apabila malam pertama! WAJIB NI!! |
| Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). | ??? |
| Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak terdapat unsur jahat. | Unsur jahat ialah buaya buaya yang sememangnya ada. Itu bukan tok nenek tumpang lalu, moyang pun jin. |
| Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul. | Untuk kelihatan berseri di malam pertama. |
| Jika telah nikah gantung maka tidak boleh bersama. | Crap! |
| Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan. | Bukak aircon full blast. |
| Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalamnya bagi mengelak dari dikhianati orang. | Supaya org lain yg kena khianat huhu.. |
| Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi. | Elak dari cepat gila sebelum kahwin. |
| Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati. | Supaya keluarga sebelah mertua tak menyampah dgn korang. |
| Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu, dan air kelapa agar muka nampak segar. | Pergi pasar cari sayur yg segar je,kalau yg dh rosak kasi buang.. |
| Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka. | Buang bulu ketiak takpe! |
| Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis. | Selepas pun sama, tapi untuk orang lain, banyak sample DNA nanti. |
| Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. | Hahahahaha. Yang ni paling klasik. (aku penah try masa kenduri kakak aku..tp lempar seluar dalam die supaya lebih mujarab hakhak..) |
| Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri. | Sekarang tak boleh, sebab karang tetiba kening panjang dilukisnya.. dah macam Pirates Of the Carribean. |
| Kedua-dua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu. | Macam cerita P Ramlee, jeling jek. |
| Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding. | Ehh ada ke orang makan kepala ayam? Gila ke apa? |
| Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki. | Hahahahaha.. pondan pondan patutlah tak seri. Hahahah |
| Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit. | Haaaa? |
| Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar. |
Suka hati korang la kalau nak percaya dengan petua ni...aku buat untuk suka-suka je hehe.. Ape pun kalau kita nak kawin nanti kena la cari bakal isteri/suami yg soleh/solehah,taat pada perintah agama dan hormat pada orang tua kita. Bagi yg tgh sekolah tu jangan la gatal sangat nak bercintan cintan ni..bukan ape,nanti buruk padahnya bila dah ter*******..Mak ayah hantar pegi sekolah tu kita timba ilmu banyak-banyak,pasang cita2 yang tingga..at last kita jugak yang senang(nak pinang anak menteri jugak pun xde hal)...
P/S ; DAH KAHWIN NANTI JANGAN LA PASANG NIAT NAK KAHWIN LAGI!!!..ngeh3~...
No comments:
Post a Comment