Monday, December 06, 2010

Lelaki Sejatikah Anda??hehe....

Berikut adalah ciri-ciri lelaki yang disukai wanita secara umum.

• Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

• Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

• Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

• Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

• Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

• Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

• Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

• Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

• Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

• Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya. 

• Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

• Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

• Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

• Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

• Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

• Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

No comments:

Post a Comment