Thursday, November 11, 2010

Matangkah kita? (DOSA khianat kawan)

Nasihat untuk diri sendiri dan rakan2..matangkah kita jika di depan rakan hanya berpura2 baik? Matangkah kita apabila memburukkan kawan? Anda fikir sendiri jika anda boleh berfikiran matang!! Maaf jika ada yg terasa dengan nasihat ini. Haruslah kita ingat bahawa kawan itu seperti emas di dalam permata. Hormatilah kawan sentiasa dan hindarkanlah dari melakukan perkara buruk terhadap rakan kita. 
Kita mungkin tidak sedar perbuatan khianat terhadap rakan merupakan satu dosa dan sekiranya berterusan melakukan khianat pasti bertambah banyaklah dosa yg telah kita sendiri lakukan tanpa kita sedari.
Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan disebabkan oleh perbuatannya.
 

Berwaspadalah kita di atas setiap perkara yg kita lakukan dan haruslah beringat-ingat khianat terhadap rakan membawa perkara yg lebih teruk di dunia apatah lagi sekiranya kita di akhirat nanti.

No comments:

Post a Comment