Sunday, April 24, 2011

A CHANCE OF A LIFETIME

A chance of a lifetime…

Is it easy?

Is it hard?

Is it possible to do?

Or is it just out of our mind to achieve it..?

Think it…whenever chances to make a different in your life just do it. Don’t make such an excuse to not to do it. Make it impossible into possible. Don’t jump into your failure and drown into it…as I believed when there is a light of success, reach it and make yourself proud of it. Let the sparkling of glory shower our life. 

Life isn’t difficult to change...we just only need the spirit to make its come true. Remember, only human who have guts to take the risk can success in his/her life. This is the opportunity to step forward. If you can’t take the challenges, you would be the same as you are today.
Don’t always say NO…and say “yaiks!! This is ridiculous…better get this thing out of my business...”

Be careful with what you say because you might regret it! If you believed with what you do is right, keep on it. Push aside all negative thought and pull the positive thinking and bring it into the bottom of your heart.

The only key to success is right in our heart and mind. Be confident and try your best until your last breath. Believed in yourself and remember, Allah S.W.T always by your side. Insya’Allah you would make it.

Wednesday, April 20, 2011

GAMBARAN HARI KIAMAT

Gambaran hari Kiamat..( bacalah..jika kamu seorang manusia)
*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.



1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi

Tuesday, March 22, 2011

Tolong menolong tak salahkan?

Dunia2…tolong org yg susah pun nak dijadikan isu. Jika kita ni seorang manusia yg normal,jd wajiblah kita tlg menolong sesame saudara islam kita. Tak perlulah di caci dan di maki org yg di dalam kesusahan. Allah S.W.T mengurniakan kita sifat yg sempurna pada diri kita. Gunakan ia utk membantu yg memerlukan pertolongan.
Gunakanlah akal kita dgn sebaiknya dan jgnlah pula digunakan akal yg sempurna itu utk bersangka buruk kpd org lain.
Jika mental kita rosak, nescaya pasti rosaklah hati dan jiwa kita. Maka dgn itu, akan berlakulah buruk prasangka,mencaci dan memaki kpd org lain.
Kenapa?kenapa?dan kenapa perlu kita membenci org yg susah, memaki mereka, memburukkan mereka,dan berbagai lagi..
Seharusnya mereka ini kita bantu dan berikan semangat utk hidup. Janganlah Kamu menjadi seorg yg hipokrit. Sedarlah….kita hnya menumpang di bumi ini utk sementara sahaja.

Gunakanlah kesempatan yg ada utk membuat kebaikan…dan ingatlah,jika melakukan perkara baik pasti balasanya baik,jika berlaku jahat..hadapilah ujian dari-Nya dgn tabah.
                                                                                     
KHAS BUAT N****A
Sedarlah sebelum TERLAMBAT.

Monday, March 07, 2011

Kenapa bila bawak kereta jari jemari mesti x duduk diam???



Firstly ni nk ingatkan perkara ni agak sensitif sket ye..pernah x dengar istilah mengorek lombong? Haa..x payah la nk menipu kalau xpenah dgr ayat tu.

Tp mengorek lombong yg aku nak maksudkan ni bukan la seperti ape yg kamu nak bayangkan ye, lombong yg agak kecik dan bersaiz agak comel gitu..!

Org kata sambil menyelam minum air..tp sesetengah anak org ni die bukan main lagi menyelamkan jari die dalam dia punya tasik dua lubang..yg pengotornya anak org ni, dah la tgh drive..fuhhh,bukan main bergaya lg dia bwk kereta sambil korek2. Cuba bayangkan ye bahaya bila melakukan aksi2 yg sedemikan rupa.

Contohnya bile die ter-accident dan terlanggar kereta depan,pd masa tu plak jari kebetulan ada dlm loO0Bang hidung dia..agak2 sempat ke die nak tarik jari dia??fikir2..?...mst x kan,so x pasal2 lubang yg berkenaan akan berlainan saiz dgn yg sebelah lagi.

Dan situasi lg satu ye...katakan la kamu ade kawan bersifat sedemikian dan kamu x tahu pun perangai songsang dia ni..jd kamu pun dgn selamba pinjam kereta dia, bayangkan la betapa bnyk "BIJIH-BIJIH" yg ada pd stereng kreta member ko tu. Jd sediakan payung sebelum hujan..hahahaha..

 Jd benda ni aku penah nmpk dpn mata aku ye..sorang mamat ni selamba je layan corner sambil korek hidung..punya la pro even pro drifter pun xblh lawan skill die hahaha...fikir2kan dan selamat beramal...hehe..

Tuesday, January 11, 2011

Cicak Tokek....~aduhaii..!~


Sejak seminggu ni aku kurang rehat,tido,makan,dating,blogging...ni semua kerana cicak tokek. Aku terkejar sana terkejar sini..smpi semput aku nak deal dgn owner..gila punya keje la,tp nsb baik benda ni boleh jadi duit hehe..
Semalam hari paling gila la dalam hidup aku..masa aku keje pmcare dulu pun xde la segila mcm semalam..
cite ni start dari 09/01/2011..satu hari suntuk aku x boleh nak tido.

8.30 a.m 10/01/2011 :

dpt sms dari seorang pakcik mengatakan die mempunyai 3org kenalan yg mempunyai cicak tokek.
Owner yg pertama pak aji yg ade tokek 300gram yg nak di jual dgn harga RM30000.
Owner yg kedua ade cicak tokek berat lingkungan 310gram yg nak dijual dgn harga RM18000.
Owner yg ketiga ade cicak tokek berat lingkunagn 310gram~320gram sebanyak 
8 ekor yg akan di beli secara lamsam...


2.30 p.m 10/01/2011 :

Buyer call untuk settlekan cicak tokek batu yg telah di deal semalam dgn berat 6.36kg..
Nak dijual dgn harga RM180000..

 3.30 p.m 10/01/2011 :
skali aku call untuk confirmkan dgn owner tu tibe2 plak
die bagitau cicak die tu tokek batu yg lidah bercabang..punya la hangin aku dengan owner ni.
x pasal2 melayang duit depan mata je...aduhaii..!


4.15 p.m 10/01/2011 :

balik pulak cite pasal cicak yg 8 ekor tu, buyer aku plak x berani nak pegi tengok 
sbb owner bg syarat utk tgk kena letak deposit. Yg Buyer ni pulak takut kena tipu dgn owner sbb
die dh bnyk kali terkena dgn owner sebelah sungai buloh.
Jadi x pasal2 kena la hold dulu yg 8 ekor dgn yg 2 ekor lagi tu..
Nak kena tunggu la pulak..aduhaiii..!


4.30 p.m 10/01/2011 :

Haa!!..kali ni deal besar punya..tibe2 dapat sms dari abg aku die cakap ade owner
nak jual 4 ekor cicak. Berat die 13.8kg,410g,320g,310g.. 
Ape lagi!! aku cepat2 pegi call buyer n try deal la..deal punya deal smpi la dekat pukul 5..


9.30 p.m 10/01/2011 :

Baru bangun tido kejap...tu pun terpaksa bangun sebab nak deal lagi pasal 13.8 kg ni..

 12.30 a.m 11/01/2011 :
Akhirnya dapat sambung tido..dgn badan lesu,tekak aku sakit,kepala berat x cukup tidur,
aku sakit perut sebab x makan dari ptg tu..tp nasib baik ade org tlg belikan nasik goreng kampung.
perut pun dah kenyang so aku pun tido.. zzz.zzz..zzzz....


8.10 a.m 11/01/2011 :

Bangun je tido dah berat pulak kepala ni..serius mmg aku nak demam dah ni!
Lg demam aku bile abg aku bg sms mengatakan semalam dh ade org yg letak deposit untuk cicak 13.8kg tu.
Cepat2 aku call buyer bagitahu dekat die pasal tu..then untill now we still dealing with the owner.
Mintak2 owner lembut hati untuk jual dekat kitorang ni yg tgh mengharap gila2 ni!!


mmg klu korang tgk die mcm biawak..tp bukan,die ni cicak tau!

ni ha die tokek batu yg xjadi nak deal gara2 lidah die bercabang!

yg ni aku cari..mahal ni!!

Kalau kt kampung aku cicak ni nama die cicak kobing..err,betul kot aku eja.Dh mcm nama kurt cobain pun ade gak! Yang ni x laku langsung.. 
yg ni pun lg la x laku hahaha..